Main Pingpong
Jumaat , 20/03/2015 , 5:20 p.m
En.Adnan , itulah nama guru yang pernah mengajar aku bermain pingpong dengan gigih . Pada mulanya , aku tidak pernah menyentuh bat pingpong apatah lagi bermain tetapi cikgu memberi semangat kepada aku untuk berlatih bermain kerana tidak mempunyai lagi wakil pingpong untuk perempuan . Puan Sarlina telah mangajar aku walaupun beliau tidak pandai bermain sangat . Setelah sudah lama berlatih , cikgu Adnan beritahu kepadaku bahawa prestasi aku bermain pingpong semakin meningkat . Alhamdulillah cikgu nampak perbaezaan sekarang dan dahulu , bersyukur pada Ilahi . Pertandingan sudah hampir , gemuruh ... sungguh gemuruh Allah sahaja yang tahu pada waktu itu .. Pada akhir sesi persekolahan , cikgu Adnan menyuruh aku berlatih bermain pingpong bersama-sama dengan Khairul Hanis @ Mano' . Mano' respect aku , dia beritahuku bahawa aku memang pandai main pingpong . Aku hanya mampu senyum sahaja ... hahaha ... Gentar , sungguh takut pada waktu pagi semasa menunggu cikgu sampai di sekolah untuk membawa kami pergi bertanding ..... cikgu sudah pon sampai , jantung ku berdegup laju .. cikgu Adnan memanggil kami masuk ke kereta nya ... nama sekolah yang kami harus lawan ialah t6 , Chin Chiang dan bnyk lagi . Aku telah ditakdirkan untuk berlawan dengan sekolah bandar t6 , aku dgr2 lawan aku tu pernah wakil negeri .. aku tawakkal sahaja pada Allah .. kalah atau menang , itu kan adat permainan , right ? tidak menyangka , aku menang lawan budak perempuan itu , sungguh gembira .. Allah sahaja yang tahu pada waktu itu ... Cikgu pon mengucapkan tahniah kepadaku kerana dapat mengalahkan budak itu , cikgu pon percya yg aku mmg blh menang .. terima kasih cikgu kerana sudah mengajar aku ... perlawanan kedua aku menang sekali lagi tetapi perlawanan ketiga telah mengecewakan diri aku sendiri , bahkan aku nampak reaksi cikgu daripada senyum terus sedih.. tetapi lepas setengah jam berlalu, tiba-tiba nama ku dpanggil semula untuk menentukan siapa yang mendapat tempat ketiga atau keempat .. .kali ini aku mesti buat yang terbaik ... Akhirnya , aku menangis kerana tidak menyangka yang aku berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan pingpong peringkat Daerah .. Subhanallah , sungguh menakjubkan .... cikgu Adnan berasa bangga kepadaku dan belanja aku makan di tepi jalan .. aku bersyukur padamu ya Allah ...
Bermula dari sekolah rendah lah bermula meminati permainan pingpong ini .. bagiku permainan ini boleh menghilangkan rasa tekanan dalam hatiku .. aku beritahu kepada orang tua ku yg aku sudah mula meminati permainan ping pong ini . ibu bapaku memberi sokongan dari belakang asalkan aku tidak lupa pada pelajaran...
TERIMA KASIH MAMA & AYAH =)
berharap apa yang saya mahu kongsikan kepada anda dapat menaikkan semangat anda !
BalasPadam