Ahad, 14 Jun 2015
Perginya Seorang Insan !
Assalamualaikum =)
Nak share srory nii ,, cikgu Amir Kadir dah nak berhenti dari ngajar kitorang kelas math sebab dia nak pergi sambung belajar lepas ni.. Sedih ah sebab dah rapat dgn cikgu dari kem , tiba2 nak berhenti pulak ! .....
Aku tau aku lah budak yg main2 bila kelas cikgu , sampai cikgu suruh aku , zurina , yuniee , anis hazirah duduk depan sekali... hahaaa ,, Aku tau cikgu nak yang terbaik untuk kitorang , right ? Cikgu ajar faham , best sangat-II ... Cikgu usaha nak buat kem math banyak2 untuk budak2 form 3 ,,, sebab batch kitorang paling ramai and susah nak kawal , ramai yang gagal math ...
Alhamdulillah sekarang kitorang dah mula faham yang math tu kalau study banyak2 tak kan susah ,,, Kitorang dah mula lulus math ... Ada yang dapat A lagi tau ! =) .... Aku math dapat 55% jee exam 1/2 tahun =( ,,, Trial PT3 aku akan buat yang terbaik ...
Lepas kem math tu , kitorang form 3 perempuan ada buat group wassup dgn kakak2 fesi untuk tanya pasal math ... Best sangat2 , dan aku boleh tanya pasal math banyak2 kat diorang lagi-II KAK RAIHANA =) , hahaaaa ...
Lastly but not least ,
Cikgu Amir jaga diri tau masa sambung belajar nanti ,
Jangan lupakan kitorang yang baik hati ni ,
kitorang akan belajar math sampai kitorang betul2 faham ,
Terima kasih cikgu sebab usaha nak buat program untuk kitorang yg baik ni .
Sekian,
Nabila Izzati Masnawi (izz)
Ahad, 31 Mei 2015
Peringkat Negeri
Asalamualaikum ^_^
Alhamdulillah berkat doa kawan2 semua, aku dapat tempat ketiga dalam pertandingan pingpong peringkat negeri . Bukan senang nak dapat tempat tu . Dah 3 tahun aku cuba , baru tahun ni aku dapat . Ia memerlukan kesabaran yang tinggi .chehe.
Cikgu Kharazil dgn Cikgu Hasnah Sara seboleh boleh nya support kami semua untuk menang . Tahun ni ada semangat nak main sebb cikgu ada tengok . Tahun lepas tak semangat sebab tak ada siapa tengok . Terima kasih cikgu sebab bagi kami semangat .
Terima kasih juga kepada cikgu Kamarudin dgn cikgu Razali sbb latih kami setiap petang dan setiap malam rabu . Tak sia sia saya latih selama ni . Saya dah buktikan pada cikgu semua yang saya boleh buat yang terbaik .
Saingan di Pasir Gudang memang terbaik !! Ramai betul . Nasib baik sebelum lawan tu aku call cikgu kama dan cikgu kama bagi aku support supaya buat yang terbaik , jgn gopoh , tgk kelemahan pihak lawan .
Kalau ada masa aku update lg ye .
Jumpa lagi .
Sekian
Nabila Izzati Masnawi
Khamis, 28 Mei 2015
Alhamdulillah !
Asalamualaikum .
Alhamdulillah , dengan izin Allah aku dapat pergi negeri pingpong . Aku tak sangka dapat Juara dlm pertandingan tu . Rasa mcm mimpi plk .
Terima kasih cikgu kama dgn ustaz razali sbb berusaha latih saya smpai berjaya . Terima kasih jgk pada ckgu nik syukri sbb latih saya walaupun kadang2 je . Hee . Saya akan buat yang terbaik untuk negeri nanti . Saya akan ingat pesanan ustaz dgn ckgu .
Pada kawan2 aku , terima kasih sbb doakan aku berjaya sampai ke peringkat macam ni . Aku tak pernah gelar JOhan . Baru tahun ni aku rasa benda tu semua .. Ayunie , jangan putus asa , ok . Tahun depan buat yg terbaik . Kau boleh buat lah . Pada Teha , kau pun hebat jugak . Nanti bila aku dengan yunie dah habis sekolah , kau kena buat yg terbaik tau .
Esok aku pergi lawan peringkat negeri . Aku takut aku hampa kan harapan cikgu . Aku akan usaha buat yang terbaik . Ingat pesanan cikgu , izz . Jangan tergopoh2 sangat . Kawal bola .
Bila aku jadi juara aku terharu . Lepas je lawan , aku terus nangis sebab tak sangka dpt gelaran tu . Aku ada niat kalau aku dpat no 1 , aku akan sujud syukur kat situ jgk . Ye , mmg aku sujud syukur kat situ jgk . Aku bersyukur padamu ya Allah .
Ok lah . Nnti sambong lagi .
Sekian
Nabila Izzati Masnawi
Jumaat, 15 Mei 2015
Ambil Iktibar
Assalamualaikum.
Aku nak bagitau perkara ni dan aku tau kita semua anggap perkara ni remeh temeh,kan ?
Jujur , aku pon prnh buat benda ni .
Sama sama lah kita elakkan dari berlaku .
Menguap dalam solat !
Menguap dalam solat boleh menyebabkan solat kita tidak sah . Kenapa ?
Ok, cuba korang ingat balik eh . Korang menguap sambil baca surah ke berhenti dulu ? Kalau sesiapa yg berhenti , alhamdulillah. Tapi , kalau korang menguap sambil baca surah contoh surah fatihah . Solat korang tidak sah sbb perkataannya dah lain .
Lagi bagus kalau korang berhenti baca surah kalau menguap . Tak lah batal solat korang tu .
ok lah tu je yg aku nak share .
Khamis, 14 Mei 2015
Menunggu hari kiamat !
Asalamualaikum semua . ....
Aku nak share perkara sikit tentang kiamat . Harap kita semua dapat ambil iktibar , ya !
Ada seekor anak kala jengking . Besarnya sebesar dari timur hingga barat . Takut tak ? Ok .
Allahu Akbar .
Malaikat Jibril berkata. Hai Huraisy ! Kamu hendak ke mana ? Lalu Huraisy menjawab , aku hendak mencari lima orang dalam dunia ni . Pertama , orang yang meninggalkan solat . Kedua , orang yang derhaka
kepada ibu bapanya . Ketiga , orang yang tidak mengeluarkan zakat . Keempat , orang yang berbual dalam masjid tentang dunia . Kelima , orang yang meminum arak .
Aku tau dalam surau aspuri aku selalu berbual tentang dunia , aku harap aku boleh kawal mulut aku lepas ni . Aminnnn
Sekian ,
Nabila Izzati Masnawi (izz)
Rabu, 13 Mei 2015
Allahu
Rindu Sang Pencipta ;)
Allahu Akbar .
Tak terkata betapa rindunya aku kat kau , Ya Allah .
Banyak amanah yang kau beri , tak terkata . Apa aku dapat langsaikan amanah kau .
Aurat .
Solat .
Aku tau , banyak aku tinggalkan solat , aurat tak terjaga . Terima kasih sebab kau telah hantar seorang hamba Allah yang mulia untuk tegur pasal solat , aurat , adab .
Aku akan cuba ubah attitude aku sedikit demi sedikit . In Sha Allah !
Terima kasih , kak sebab sanggup datang kem math tu semata-mata nak ajar kami math . Alhamdulillah , lepas program tu banyak dah saya nampak perubahan dalam batch kitorang yang kononnya (nakal) =) .
Allahu Akbar .
Sungguh ! Aku rindu sangat dengan kau . Entah aku dapat jumpa kau dekat sana nanti ? Aku memang tak layak masuk syurga kau yang suci tu , ya Allah . Aku rindu Nabi Muhammad S.A.W. Subhanallah ! . Aku tak nak disebabkan aku , ayah dgn ijat masuk neraka hanya disebabkan aku tak tutup aurat dengan sempurna ;( .
Sama- sama lah kita muhasabah diri depan cermin . Cuba lah bila ada masa lapang zikir . SUBHANALLAH HILADZIM , SUBHANALLAH HIWABIHAMDIHI . In Sha Allah , timbangan amal kita berat hanya sebut perkataan yang mulia tu . Alhamdulillah setakat ni , hati aku tenang lepas zikrullah .
Masnawi , Rohaida , Izzat Daniel , Najwa Izzati . Kakak sayang korang till jannah . Ayunie , Zurina , Athirah , Hidayati , Ain Rai , Rasyidah , Nabilatul , Fakyraa , Atiqah J , Waniey , Hanis Hazirah , Hazira . In Sha Allah korang lah kawan aku till JANNAH .
Amin Ya Rabbal Alamin .
Kaum hawa ,
Ingatlah ,
Jagalah aurat korang ,
Sama-sama kita berubah ,
Aku tau yg aku pon tak jaga aurat ,
Tapi kita boleh berubah kan walau sedikit pun .
Sekian ,
Nabila Izzati Masnawi (izz)
Isnin, 11 Mei 2015
Kem Math
Isnin,11MEI,1:48pm
Ahad, 3 Mei 2015
Exam !
Periksa pertengahan tahun dah nak dekat . periksa time nak pergi lawan pingpong
plk tu ... aku takut result teruk !
Nabila Izzati ! kalau kau tak nak result teruk study lah dari sekarang , baru lah bila nak exam nanti hati kau tenang je . ok . aku akan belajar dari sekarang . aku tak nak hampakan harapan mama dgn ayah .kakak akan buktikan dekat mama dgn ayah yg akak boleh dapat result yg cemerlang, ok.
Kenapa lah lawan pingpong sekali dgn mggu exam ? tak pe lah . sekejap je nak bulan 5 , lepastu pt3 . Ahhhhh! tak sedia lagi weiyh . Aku akan jadikan kakak2 fesi , abang2 fesi sebagai ikon aku untuk naik kan semangat aku . Jangan ikut kawan kalau nak berjaya , right .
Khamis, 30 April 2015
Kembara Bersama ................
Assalamualaikum
Dah lama tak update blog . Maklumlah nak dekat PT3 kan , msti lah study . Katanya !!
Nak share story sikit ni , pasal angkasawan ! Dato Dr Syeikh Muszaphar . Tak tau lah eja nama dia betul ke tak ekk . Kalau nak tau , best sgt time dia dtg sekolah kitorang , dah lah tinggi , sado tu em .. blh lah nak kata sado tu . Haha , hensem tu tak lah sgt . Biasa je . Hehe .
Dia cerita pasal dia dekat angkasa . Gaya dia cerita buatkan aku makin semangat utk kejar impian aku . Dia cakap kat bilik dia penuh gambar2 bintang , apa2 yg de kat angkasa tu lah . Heee .
Aku makin semangat nak main pingpong betul2 . Aku nak pergi sampai peringkat yang paling tinggi , aku nak bersaing dengan orang yang hebat2 . Kalau blh aku nak ajak cikgu buat friendly tp tak payah lah sbb aku tau cikgu sibuk dengan urusan kerja . Kalau ada friendly , aku nak test lawan dengan belia2 . Cehh cehh !
Ok ,tak perasan pulak dah beralih tajuk . Bukan aku nak cerita pasal angkasawan ke ? Hee . Oky .
Dr Syeikh Muszaphar memang seorang hamba Allah yg berani , hebat , tanggungjawab dan tak pernah putus asa . Aku respect dia beb ! Erm , kalau dia boleh kejar impian dia ke angkasa , tak kan aku tak boleh nak kejar impian aku utk jadi seorang pingpong yg berjaya dgn seorang pendakwah yg hebat . Aku mesti boleh buat kan !
Masa dia datang sekolah aku , dia cerita lah pasal macam mana dia solat , mandi dan sebagainya lah . Yg buat aku lawak lagi , gosok gigi tu , ubat gigi kena telan . Uwekkkk ! Geli gila . Tak Mandi setahun pun tak apa . Haha . Kalau solat pulak , kaki kena ikat di bahagian bawah sbb takut terapung plk .. sujud tak boleh lama sbb takut badan terapung . Haha .
Last sekali dia ada tunjuk gambar kat angkasa . Gambar bumi . Sebhanallah ! Cantik kuasa Allah . Menakjubkan . Aku tengok video tu blh plk nak terkeluar air mata tp kena tahan sbb takut nabilatul nampak plk . Malu den . Haha .
Kawan2 aku . Aku harap suatu hari nanti korang dapat kejar impian korang tu . Aku akan doakan korang berjaya . Jgn lupa doakan aku pulak ye . Doakan aku dapat jadi pendakwah yg hebat dan pemain pingpong yg berjaya . Ok . Terima kasih .
Bye !
Nabila Izzati
1.07pm
Jumaat
Redha , sangka baik .
Sabtu, 18 April 2015
Renungkan lah ye !
Asalamualaikum . Berdiri bulu roma bila membaca nya..
"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"
Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar... specially dedicated kepada semua wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg isteri yg solehah .
Bye
Nabila izzati
3.53pm
19.4.2015
Jumaat, 17 April 2015
Asat Pingpong
Juara Milik Aku !
Hai pd sesiapa yang baca blog ni . Apa khabar ?
Huh ! Sebulan ni full dgn training pingpong . Tak pe lah , asalkan aku menang . Korbankan sikit masa . Korang , In Sha Allah 23.05 ni ada lawan asat pingpong kat Smk Layang atau SMKTHO .
Aku takut kalah . Kalau aku kalah bermakna aku dah kecewakan hati cikgu Kama dgn ustaz Razali . Mereka susah payah latih aku setiap petang dgn setiap malam rabu , tp aku sia sia kan pengorbanan diorang . Mesti ckgu dgn ustaz kecewa kan !
Aku akan buat yg terbaik . Cikgu Kama , Ustaz Razali saya akan buat yg terbaik untuk pingpong peringkat daerah ni . Saya tak akan sia sia kan masa yg cikgu dgn ustaz habiskan untuk latih kami semua . Itu janji saya . Matlamat saya nak jadi juara daerah dan negeri . Tak dapat juara , negeri pon jadi lah . Seboleh nya saya akan berusaha untuk kejar JUARA !
Kawan2 doakan aku jom !
Ya Allah . Kau berikanlah kemenangan kepada sahabatku Nabila Izzati bt Masnawi dalam perlawanan pingpong peringkat daerah dan negeri . Kau berilah keyakinan kepada sahabatku untuk berhadapan dengan sekolah yang akan bertanding nanti .
Amin Ya Rabbal Alamin .
Terima kasih korang . Sayang korang .
Nabila Izzati
6:04pm
17.04.2015
Kg Baru Renggam 🔚
Ahad, 12 April 2015
Kawan aku yg arokk
9:21A.M
13/4/2015
KAWAN NABILA GEDIKK.....
hye korang..haha batak kejap.. aku kawan nabila.. sajee jee nk menyebok kat blog nabila yg gedikk nih.. dah lah semalam kacau aku kat bengkel ..sajee mintak kaki ... tapi... malas nak maki... hahhahahahhahahahahhahahahahahha.....
nabila yg gedikk....ohhh nabila yg batak comell..hah nk sangat kann comell tuu...hah hamekk..TAK BATAKK....hhahahhahha jangan marah tua nnti !!!!!kene jual sape lahh kann nk beli... malas nk mention...hahhahaha....
nih nk ckp good luck for PINGPONG,PT3,RELAY KAU TUU...and the others..oklah mas kuning nk buat jugakk ok done!!! babai nabila gedikk yg batak comell....
Turn Mas Kuning pulak batak nak buat nihh !!
SAHABAT SEJATI
dia yg selalu ade dgn aku tapi sejak dia duduk asrama dia tak rapat dgn aku..aku jelesss tengok dia rpt ngn orang lain sebab dia dah tak lyn aku..mngkin sbb aku rapat ngn orang lain dia jdi malu nk rapt ngn aku,dia tak mcm org lain,dia selalu ngr crita aku,dia phm keadaan aku,dia yg selalu bg aku semangat..
DIA yg hadir kalau aku sunyi,dia yg selalu ade buat aku gembira,tersenyum...aku rindu ngn prsahabatn dulu.knape dia mnjauhkan diri ngn aku?aku ade buat salah ngn dia ke?aku ade bukak aib dia ke?kalau ade aku mintak maaf sangat2....AKU SAYANG KAU mcm mane AKU SAYNG PUTERI AMIRA.jgnlaa sbb hal kecik aku renggang ngn kau..kbye.
ZURINA GEDIKK!!!!
GODDLUCK FOR NABILA IN PT3,PINGPONG,JAGA RELAY NGN DIIIAAAA.. ;)
created by :
*masmerah
*zurinanurfitri
byee nnti smbong lg =)
Jumaat, 3 April 2015
Lawan chess
1.52p.m.
HAI !!
Hai korang , aku nak story something niy .. Minggu lps baru je lawan chess kat sekolah Canossian Convent . Hari 1st menang sekali je , sian tak ? Haa, tau dah korang mesti kesian punye kat aku kan ! =)
Hari 2nd , menang 2 kali je , alhamdulillah ! keputusannya perempuan bawah 15 dapat johan keseluruhan ! tak pe lah tahun depan ade lagi ! erm , nak cerita apa lagi ekk ?
Haaa , nak cerita pasal pingpong plk niyy . 18hb In Sha Allah ada lawan pingpong antara dekat SMKTHO atau SMK LAYANG-LAYANG ! hope aku berjaya ... doakan aku tau korang !
Nak lawan kat negeri , saingan lebih ramai ! buatkan aku gementar tp ta pe lah kan ...
Terima kasih Ustaz Razali dgn Cikgu Kamarudin sbb usaha mcm mne nk tingkatkan lagi potensi sye utk bermain ! nak ckp depan2 malu lah , sye ckp kat blog je lah ye ckgu2 ....... hee
Hari khamis lps tiba2 ckgu kamarudin pnggil aku suroh training kat aspura .. sikit bengang aku sorang je perempuan ...
bahasa pasar seiyh ayat aku ! hahaha .
tak de kena mengena pon ayat tu dgn tajuk hari ni ! apa2 je lah . hehe
bye ! nak blk ostel dl .
Jumaat, 20 Mac 2015
Balik asrama
21/3/2015
12:26 p.m.
Balik 'Asrama' ... !!!!
Hai , assalamualaikum !
Korang , hari ni aku kena balik asrama . Aaahhhh!! sekejap nye cuti seminggu ni ,,, tak puas weiyhh .. tapi tak apa lah , nak berjaya kan ...
hrmm , aku tak tau nak share story ape hari ni , ,,
Naik cuti ni ada lawan Catur , aku dapat pergi ke tak ek ? sebab lwan antara sekolah aku dapat nombor 4 , nombor 4,5,6 cikgu pertimbangkan dapat pergi lawan atau tak ... =( ...
harap2 dapat pergi ,, tapi mesti korang cakap aku tamakkan sbb dah ada pingpong , pingpong je lahh tak payah nak catur pulak ,,, hrrmm !
bukan ape weiyh , aku memang nak cari pengalaman ,, tu pon salah ke ? ;(
Nak tau tak aku duduk asrama apa ?
jeng jeng jeng ,,tu dia ... Asrma Smk Simpang Rengam ....
Boleh tahan best lah jugak asrama tu ,,,,
banyak dugaan yang aku tempuh kat asrama tapi alhamdulillah aku dapat atasi ...
Allah akan bagi kita dugaan yang boleh kite tempuhi ,,,
Tak mungkin Allah bag kita dugaan yang kita tak boleh tempuhi ...
Allah tak akan bagi dugaan kepada hambaNya , kalau hambaNya tak boleh tempuhi ,, kannn ?
Pukul 3 petang aku dah bertolak ke asrama sebab ayah busy menukang , mama pulak pergi KL ...
tak apa , kakak paham .... ;)
Lepas ni , aku dah tak boleh lah nak blog je sebab jarang balik rumah , duduk asrama lah katekan ... heheheh...
Aku nak share story nii ,,
Atok aku sakit sekarang ...sedih sangattt !!
Kalau boleh biarlah aku yang kena penyakit dia , asalkan dia sihat ,,,,
Aku takut klau mama dgn ayah yg pergi menghadap Ilahi dulu drpd aku , aku tak blh hidup tanpa diorang ... kalau boleh biarlah aku yang pergi dulu ye mama , ayah .. ;(
hehehe ,,, maaf ye mama , ayah ... gambar lama lahh ,, tak dok gambar baru .... love u allss!!
hrmm !! itu je lah yang aku nak share ...
lg pon naksiap siap gi asrama .... byeee !!!
Pendakwah
20/03/2015
7.49 p.m.
PENDAKWAH WILL BE MINE !!!
Hai , Assalamualaikum semua !
Aku nak kongsi cerita aku kat korang niy tp sorry ah sbb gune kau aku jer,,, aku tak biase ah gune saye awak niy ... nama je nak jadi pendakwah ! mesti tu yg korang ckp kan .. kompom ah !! hehe , gurau je lah ...
Pendakwah ...
itu lah cita-cita aku bile dah besar nanti weiyh ... hope jadi kenyataan ! Aminnn ....
Aku tak tau lah knape aku pilih pendakwah sebagai cita-cita aku ? tapi yg seronok nye pasal pendakwah ni , nanti aku boleh sebarkan ilmu Allah kepada semua umat islam .. tu janji aku tau !!
Pada mulanya , aku dari sekolah rendah tak tau nak jadi apa ? kawan2 aku sume dah ade au ... aku je tak ade ... sian kan ? ishh3 .. hahaha .... sampailah aku tertengok siaran Kalau Dah Jodoh ...
dari situ lah aku berminat utk jadi seorang pendakwah ! jeng jeng jeng .... berdebar tak !! hahaha...
Ustaz Kazim Elias , beliau lah pendakwah yg hebat ... aku nak jadi macam beliau .. doakan aku tau kawan kawan ....
Ya Allah .,, Kau berilah ilmu yang banyak kepada sahabatku Nabila Izzati bt Masnawi untuk dia menyebarkan agamamu pada bila bila masa sahaja Ya Allah . Sahabatku ini nak sangat jadi pendakwah suatu hari nanti Ya Allah ... Aminn Ya Rabbal Alamin...
What You Gives You Will Getback !
ayat itu lah yang datang dari seorang insan yg berhati mulia iaitu Nur Ameera Zain ... akak , akak lah yg memberi semangat dekat saya kak bila saya dalam tekanan ... thanks for everything ...
Bermula di sekolah , Ustaz Razali beritahu pada kami sekelas yang ada pertandingan Imam Muda Perempuan dan Lelaki ... aku perempuan , so aku tujukan pada yg perempuan sahaja , k ...
Ustaz beritahu saya yang setiap ustazah mesti mempunyai seorang pelajar perempuan ,.. pham tk ? maksodnyee , kalau ade 6 orang ustazah , mesti ade 6 pelajar perempuan ... kalau tak pham lg , aku tak tau nk terangkan mcm mne !! hehe
sorry ah aku gune kau aku je sbb tak biase ah gune awak saye ni ... ape ah , ckp nak jadi pendakwah tp mcm ni .. msti tu yg keluar dari mulut korang kan ?? ye , aku akan cuba ubah diri aku sedikit demi sedikit , k guys !
kawan kawan lah yg bnyk bari kan semangat selain mama dgn ayh ...
lagi2 satu dorm dgn aku kt asrama ,,,, semua nye satu kepala dgn aku .. terbaik ahh korang !!! selain dari diorang aku ada kwn yg lg rapat dgn aku iaitu yati , tyra kadir , ain rayy , fatini , nadz , dgn syidah ...
diorang lah kawan aku yg gila-gila sikit ... hahaha .. you are the best !! Sayang korang till Jannah ... biar lah kematian yang pisahkan kita , bukan orang ketiga .. aminn
Ehh , sedar tak sedar dh lari dari tajuk plk ekk .. hehe .. ok aku smbong blk ...
Aku ckp dgn ustaz Razali , ustaz saya nak tarik diri sebab saye takot tak dpat bawak semua tu , lagipon sye ni masih bnyk lg kesilapan , ustaz ... Ustaz beritahu aku , jgn ckp mcm tu Nabila ..semua org bnyk wat kesilapan , saya sendiri pon ada kesilapan saya sendiri tau .. Ustaz menaikkan blk semangat aku ... Ustazah yg akn memimpim aku nnti Ustazah Azizah Mamat ...
Caiyookkkk Nabila !!!!
em,ok lh smpai sini saje story yg aq nk share ...
*pada yg baca blog ni , yg kenal aku .. bila kite terserempak nnti nak berbual dgn aku bual lah .. jgn tros tnye psl blog ni ,,k ,,, bukan pe... AKU MALU LAH !!! hehehe ..
k lah byeeeeeee